Saturday 28 April 2012

disebalik rasa ^_____^

big question mark on my forehead (????)
aku bukan nak ulas apetah lagi nk mengomen bagai cuma nk meluah rasa pasal ape yg berlaku hari ni.perhimpunan beramai2 utk memperjuangkan keadilan.salah ke??bukan dlm perlembagaan ade menyatakan perhimpunan secara aman adalah dibenarkan kerana itu hak bersuara masyarakt.tapi kenapa dan mengapa disekat??oh ya mungkin kerana yg menuntut keadilan ini adalah pembangkang.ye lah xkan penyokong kerajaan pulak nak berdemonstrasi. cuba pikir logik ada yg mengatakan perhimpunan ini bole mendatangkan mudarat.kalau setakat berhimpun melaungkan suara, mana mudaratnya?xnampak ape2 yg mudarat pon.(gosok mata).aku menyokong islam tp nampak ke kerajaan malaysia sekarang perjuangkan agama kita?nampak kat mana?

aku terasa emosi juga bila ada rakan2 yg menuduh membabi buta pada mereka yg berhimpun.mereka yg berhimpun menyuarakan hak kita.kita entah bila akan bersuara.setakat cakap belakang saja.matlamat mereka bukan utk buang masa mereka pon ada pekerjaan tapi cara mana lagi nk guna.biarkan saja tiada apa yg rugi pon rasaya.kita yg xnak turut serta duduk diam2 jgn la pulak lantang bersuara seolah2 kita berada di tempat kejadian.mungkin ada dalam kalangan yg menyertai itu hanya suka2 tp yg memg berjuang untuk matlamat utama bagaimana?

sedih,sedih,sedih..pedih pon rasa juga.dulu aku pon malas nak pikir psl hal2 ni sume tp bila lama2 tgk keadaan negara islam sebegini rupa rasanya aku perlu ambil tahu juga. aku sokong pejuang islam bukan mana2 parti pon sebab kita sume akan mati dan aku nak mati dalam islam.igt Allah xtny ke kita kat dunia sokong pemimpin mana?kenapa xsokong org yg perjuangkan islam?kata org islam.yg paling xtahan bila golongan artis yg mengomen2 pasal perhimpunan ni siap kata bodoh bagai kan.mereka bukan nak rubtuhkan negara tp nak menaikkan nama negara kita sbg negara islam.jgn sampai negara islam tenggelam dek sikap konon2 moden yg kita ada.

*pendirianku tetap sama walaupun aku akui aku bukan seberani yang disangka.moga Allah restui pilihanku dan moga Allah lindungi pejuang2 islam yg sebenar.xpe xdapat keadilan dunia moga kita beroleh keadilan sepatutnya di akhirat sana.amin :)

luahan hati pukul 12.42 pagi

spread love,
mynameisthirah
:)

No comments: